Ahad, 12 Jun 2011

Semangat Menziarah Harus Diteruskan....

Menteri Belia dan Sukan Melawat Suami Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, KBS di Hospital Pantai Bangsar.


Cetak PDF


31 Mei 2011 – Bertempat di Pantai Hospital Bangsar, YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkesempatan melawat En. Abdul Rased Bahari suami kepada Puan Wasitah binti Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

En. Abdul Rased Bahari telah menjalani rawatan Coronary Artery Bypass - Saphenaus Vein atau lebih dikenali sebagai Rawatan Pemintasan Jantung.

Semasa lawatan tersebut, YB. Menteri telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan) Y.Bhg.Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara, Y.Bhg. Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Y.Bhg. Dato' Zolkples Embong, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Menurut Puan Wasitah, En. Abdul Rased Bahari telah dimasukkan ke hospital pada 23 Mei dan pada 28 Mei, beliau telah menjalani pembedahan tersebut. Selepas menjalani pembedahan, dalam tempoh tiga hari, En. Abdul Rased Bahari telah ditempatkan di Unit ICU. Setelah tiga hari berada di Unit ICU En. Abdul Rased Bahari ditempatkan di wad biasa dan dijangka akan keluar dari hospital pada Jumaat ini 3 Jun 2011.

Menurut Puan Wasitah lagi, kondisi En. Abdul Rased Bahari berada di dalam keadaan stabil tetapi masih belum mampu bercakap dengan baik. Namun begitu dengan semangat untuk sembuh dan kekuatan diri, En. Abdul Rased Bahari sudah mula berlatih untuk berjalan.

Lawatan yang mengambil masa hampir 30 minit itu cukup memberi makna yang besar kepada Puan Wasitah di mana selain dari sokongan moral yang diberikan oleh YB Menteri beliau juga turut memberikan sumbangan peribadi beliau kepada suami Puan Wasitah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan