Isnin, 13 Jun 2011

Perempuan yang takut didekati oleh lelaki

Nie citer lama tp tiba2 teringat nak story kat cni...Haha akhirnya! Dah lama aku teringin nak update blog tapi setiap kali itu jugak la hasrat aku terbantut. Penat bekerja membuatkan mood untuk menulis sedikit hambar. Hari ni pun kerja tapi hanya separuh hari. Pulang saja, setelah selesai makan & solat Zohor, hah apa lagi? Zuppp terus membuta. Oh heaven! Rasa macam dah lama tak tidur dengan nikmatnya. Mana tak nya, setiap malam tidur pukul 1,2 pagi. Awal-awal pagi dah kena bangun. Badan lesu. Muka suram. Aishh!

Dan malam ni badan terasa segarnya, mood dalam keadaan baik insyaAllah.Alhamdulillah. Cepat je aku gerakkan jari jemari mengetuk ngetuk papan kekunci neh. Ok, berbalik kepada tajuk artikel kali ni. "Perempuan yang takut didekati lelaki". Takut di sini bukanlah bermakna seram atau ngeri, tapi tidak berani untuk mendampingi. Well korang paham kan apa yang aku cuba cakap kan?

Korang, kaum wanita, gadis, perempuan, mungkin memiliki daya tarikan yang bisa (wow bisa siottt! kehkeh) membuat kaum lelaki tertarik pada korang tapi mungkin tidak juga kalau korang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah. Korang ada rupa paras yang chantek, menawan tapi itu tidak semestinya akan mencairkan hati lelaki & lebih teruk, mungkin sesetengah kaum lelaki yang memandang korang tanpa ada apa-apa perasaan. Sepatutnya mungkin dengan kelebihan yang korang miliki, mungkin ada lelaki yang sudah terpaut hati dengan korang atau mungkin lebih baik, korang sudah bertemu dengan jodoh korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan