Ahad, 12 Jun 2011

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Skim Latihan 1 Malaysia

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah idea YAB Perdana Menteri yang melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada.

Majlis Pelancaran Program SL1M telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Jun 2011 di Pejabat Perdana Menteri.

Pada permulaan sebanyak 25 GLC dan Bank Negara Malaysia menjayakan program ini serta akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan.

Untuk memohon sila isi borang permohonan (application form) yang disediakan oleh GLC secara talian (online register) dilaman web organisasi yang terlibat.

Pelaksanaan Program SL1M

Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :
  1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
  2. Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
  3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;  
  4. Kriteria pemilihan peserta :
    1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
    2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
  5. Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
  6. Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
  7. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaa
Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1 adalah :

Bil.
Nama Syarikat
Program SL1MLogo
1.Affin Holdings Berhad
SL1M – AMP and FSTEP
(Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)
Affin Holdings Berhad 
2.Amanah Raya BerhadSL1M – AmanahRaya Executive Associateamanah raya
3.Axiata Group BerhadSL1M – BLUi
(BLUE interns)
axiata 
4.Bank Negara Malaysia
SL1M – BNMGP
(Bank Negara Malaysia Graduates Programme)
Bank Negara Malaysia 
5.Bank Pembangunan Malaysia BerhadSL1M – BPGDP
(Bank Pembangunan Graduate Development Programme)
BPMB
6.
Bousted Holdings BerhadSL1M – Boustead Graduate Internship ProgrammeBousted Holdings Berhad 
7.
Chemical Company of Malaysia Berhad
SL1M - CCM
 Chemical Company of Malaysia Berhad
8.
CIMB Group BerhadSL1M – CIMB
(Skill Enhancement Programme)
CIMB Group Berhad 
9.
Khazanah Nasional BerhadSL1M – GEMS
(Graduate Employability Management Scheme)


Khazanah Nasional Berhad 
10.
Lembaga Tabung HajiSL1M – TH
(Lembaga Tabung Haji)
TH 
11.
Malayan Banking Berhad
SL1M – MAYBANK
 Malayan Banking Berhad
12.
Malaysia Airports Holding BerhadSL1M – Malaysia Airports 
13.
Malaysia Building Society BerhadSL1M – MBSB
(MBSB Graduate Training Programme)
Malaysia Building Society Berhad 
14.
Malaysian Airlines System BerhadSL1M – MGT
(MH Graduate Trainee) Programme 
MAS 
15.
Malaysian Resources Corporation BerhadSL1M – MRCB

Malaysian Resources Corporation Berhad
16.
MIMOS Berhad SL1M – MIMOS AcT
(MIMOS Acceleration Talent)
mimos
17.
Perbadanan Nasional BerhadSL1M – PNS
(Graduate Talent Programme)
pns
18.
Permodalan Nasional BerhadSL1M – PNB
(Investment Bridging Programme)
 
19.
Petroliam Nasional BerhadSL1M – GEES
(Graduate Employability Enhancement Scheme)
 Petroliam Nasional Berhad
20.
Sime Darby BerhadSL1M – SD MAP 2011
(Management Apprenticeship Programme)
 Sime
21.SIRIM BerhadSL1M – STEP
(SIRIM Trainee Enhancement Program)
sirim 
22.Telekom Malaysia Berhad
SL1M – TM GEOP
(TM Graduate Employability Outreach Programme)
Telekom Malaysia Berhad 
23.Tenaga Nasional BerhadSL1M – Program Pembangunan Siswazah

Tenaga Nasional Berhad 
24.
UDA Holdings BerhadSL1M – SPP UDA
(Skim Pelatih Pengurusan UDA)
uda holding
25.
UEM Group BerhadSL1M – UEM "YES"
(UEM Group  Berhad "Young Executive Scheme")
UEM Group Berhad 
26.
UMW Holdings BerhadSL1M – UMW:GEP
(UMW Graduate Enhancement Programme)
UMW Holdings Berhad 
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Latihan 1Malaysia sila hubungi  di :

Urusetia Skim Latihan 1Malaysia
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Tel :  03-8872 3292
Faks :   03-8888 3857

Tiada ulasan:

Catat Ulasan