Ahad, 12 Jun 2011

Lawatan Rakan Muda Georgetown

Lawatan ke Dua Pusat Siber Rakan Muda Georgetown

Rabu, 08 Jun 2011 13:59 UKK
Cetak PDF

Lawatan ke Dua Pusat Siber Rakan Muda Georgetown

3 Jun, Georgetown – Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Strategik) telah meluangkan masa melawat dua (2) Pusat Siber Rakan Muda di Pulau Pinang baru-baru ini.

Lawatan yang dilakukan sempena Mesyuarat Aset KBS kali yang ke 2/2011 dan Mesyuarat Laman Portal KBS yang ke 2/2011.

Pusat Siber di Kompleks Belia dan Sukan Georgetown yang dilengkapi dengan komputer dan internet ini telah mendapat sambutan yang mengggalakkan daripada remaja di kawasan sekitar.

Pusat ini memulakan operasi sejak 2009.  Hampir 40 pengunjung menggunakan kemudahan pusat ini setiap hari dan rata-rata pengguna menjadikan pusat siber ini juga sebagai pusat sumber mereka mendapatkan maklumat terkini KBS, Rakan Muda khususnya.

Datuk Jamil dan rombongan juga meninjau Pusat Siber Jelutong. Pusat ini belum beroperasi lagi namun ke semua peralatan seperti komputer dan talian internet telah dilengkapkan.  Pusat ini hanya menunggu masa untuk memulakan operasinya secepat mungkin.

Pusat Siber Beruntung Jelutong pasti akan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan remaja di kawasan ini kerana pusat ini terletak di kawasan perumahan yang stategik.

Di Pulau Pinang kerajaan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menyediakan 18 pusat siber.

Antara matlamat penyediaan Pusat Siber Rakan Muda adalah membolehkan kegiatan dan aktiviti Rakan Muda dapat dijalankan di kawasan parlimen dan juga dapat  melahirkan belia remaja yang celik IT.

Secara keseluruhannya, terdapat 249 Pusat Siber Rakan Muda disediakan di seluruh negara mengikut zon. Zon Utara (Perlis, Kedah, Penang dan Perak) sebanyak 66 buah, Zon Selatan (N9, Melaka dan Johor) sebanyak 47 buah, Zon Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur) sebanyak 45 buah, Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) sebanyak 36 buah , Zon Sarawak pula  26 buah  dan Zon Sabah (Sabah dan Labuan) sebanyak 26 Pusat Siber Rakan Mdua yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan