Ahad, 12 Jun 2011

Hentikan sikap suka tunda kerja!!!

Jom Santai!
 

Setelah kamu berjaya membebaskan dirimu daripada tabiat sukar bertangguh kerja, pasti ada ganjaran yang harus kamu berikan kepada diri sendiri sebagai ganjaran sekali gus meniup semangat kamu untuk menjadi insan yang bertambah baik hari demi hari!

Jika setiap hari menghadap kerja, pasti membosankan! Ada kalanya kita dihambat dengan kesibukan kerja sehingga tiada masa untuk melayani kekasih hati, bergaul dengan rakan-rakan atau membeli-belah! Jadi, jangan biarkan diri kamu terus diikat dengan KERJA.

Bebaskan dirimu!!!!

Keluar pagi dan balik pula ketika alam menjadi semakin gelap. Dari hari Isnin sehinggalah ke hari Jumaat, boleh dikatakan itulah antara rutin tetap yang harus kamu
jalani sebagai individu yang telah berkerjaya. Lebih kasihan lagi apabila hari Sabtu dan Ahad juga ada kalanya kamu terpaksa meluangkan masa dengan prospek atau para pelanggan. Memanglah kamu boleh berbangga dengan pencapaian kerjaya kamu itu. Tapi sampai bila? Adakah kamu benarbenar bahagian dengan kehidupan yang sedemikian? Tanpa kamu sedari, tekanan kerja itu boleh menyebabkan kamu hilang kehidupan sosial, depresi dan emosi yang tidak stabil.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud kamu perlu berhenti kerja! Kamu masih boleh bertahan di tengahtengah kesibukan tinggi menggunung sambil tetap menikmati kemanisan di dalam hidup ini. Menurut ahli psikologi barat, walau seberat mana pun tekanan yang kamu terima di tempat kerja, namun jika kamu bijak mencari waktu untuk berehat (walau sekadar lima minit) dalam setiap jam. Kamu bakal menjadi individu yang
produktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan